Kaedah Orton-Gillingham – Rujukan Global Bagi Menangani Disleksia – Kini Di Malaysia

    Kamis, 2 Agustus 2018 - 10:54 Editor : Redaksi Dibaca : 86 Views

    KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach – 2 Ogos 2018 – Kekurangan bimbingan dari pakar serta kaedah khusus untuk menangani permasalahan kesukaran membaca bagi kanak-kanak yang menghidapi disleksia akan mengakibatkan mereka ketinggalan di sekolah biasa dan seterusnya boleh membawa kepada kemudaratan kekal, kurang keyakinan diri dan jurang perbezaan yang semakin besar dan sukar untuk ditutup.

    Ia akan mengakibatkan komplikasi sosial negatif dan adalah amat penting bagi ibu bapa untuk memastikan anakanak mereka yang menghidapi disleksia mampu untuk membaca dengan lancar bagi menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

    Kaedah Orton-Gillingham — kaedah berstruktur yang berasaskan-bukti ini diperakui oleh Persatuan Disleksia Antarabangsa (IDA), kini boleh diperolehi di Malaysia dengan pelancaran Akademi Altuzpusat pembelajaran unggul bagi menangani disleksia.

    Semua Pakar Akademik Terapi Bahasa di akademi ini telah menjalani pembelajaran lengkap serta latihan amali yang dipantau oleh penyelia bertauliah dan diperakui oleh Orton-Gillingham Practitioners and Educators (AOGPE) dan IDA.

    “Adalah amat penting bagi pakar pemulihan, pendidik serta guru yang membimbing pelajar disleksia untuk dipantau, dan dilatih pada tahap tinggi mengikut kaedah berasaskan-bukti.  Latihan celik huruf seharusnya dikendalikan secara menyeluruh, dan diperakui oleh organisasi antarabangsa termasuk ketika menjalani tempoh latihan amali. Pembangunan tahap profesionalisme yang berterusan juga harus ada demi kebajikan kanak-kanak yang akan mereka didik nanti,” ujar pengasas Akademi Altuz, Dr Choy Su-Ling.

    Dr Choy, bersama dengan pengurus pusat pembelajaran Yap Jo Ling, telah melakar sejarah dalam komuniti disleksia antarabangsa selaku dua orang pakar akademi terapi bahasa yang pertama dari Malaysia menjalani latihan di AOGPE.  Mereka akan terus dipantau dan diaudit oleh AOGPE demi memenuhi dan mengekalkan standard pengajaran yang tinggi.

    Kaedah Orton-Gillingham telah dibangunkan pada tahun 1920 oleh Dr Samuel Orton, doktor pertama yang menemui disleksia, bersama dengan Anna Gillingham, seorang pakar psikologi dan guru yang berbakat. Kaedah ini diperkukuhkan lagi melalui lebih 10,000 kajian saintifik selama lebih 70 tahun yang membuktikan bahawa kaedah membaca mesti merangkumi lima prinsip utama: kesedaran fonemik, fonik sistematik, kelancaran, perbendaharaan Bahasa dan pemahaman.

    Di tangan tenaga pengajar mahir, kaedah pembelajaran yang amat berkesan ini mampu memberi manfaat kepada pelajar pada pelbagai peringkat umur dan tahap kemahiran serta ia akan menjadikan pembelajaran sebagai satu pengalaman yang memuaskan. Ciri utama kaedah ini adalah multisensory, turutan, peningkatan, pertambahan, mengikut individu, berasaskan kepada phonograms dan jelas.



    Komentar Pembaca: